Panduan Makan Halal di Serata Dunia

Artikel Halal Bali

Restoran Makanan Segera Halal Indonesia

McDonald I'm Lovin It

Rumah Makan ACC Minang

KFC Dengan Menu Lokal

Lesehan di Restoran Ayam Bakar Wong Solo

 

Banyak resort di Uluwatu mempunyai pemandangan keindahan Laut India - Khayangan Resort

 

Lesehan di Resto Ayam Bakar Wong Solo


Jalan Raya Kuta no 887 Kuta,
phone 0361 7435459
Jalan Merdeka 18 Denpasar
phone 0361 231191

Jika anda ingin menikmati masakan Indonesia cubalah Wong Solo. Sudah banyak saya rujuk restoran Wong Solo kepada teman dan tamu dari Malaysia.Wong Solo menerima sertifikat halal dari MUI. Terdapat dua restoran Wong Solo di Bali. Yang paling saya gemari adalah di lokasi Jalan Raya Kuta, dekat Tuban. Terdapat beberapa restoran halal yang lain di seberang jalan Wong Solo.

Restoran berkonsepkan rumah melayu traditional, terbuka bewarna hijau menggamit anda masuk. Saya akan memilih makan di tingkat atas secara lesehan ataupun duduk makan di atas lantai dengan mrja makan yang rendah dan duduk beralaskan bantal yang empuk. Selepas kekenyangan bolehlah bermalas dan minum kopi pula. Tetapi bagi tamu yang agak keras tulang dan sendi pilih saja makan di lantai bawah yang mempunyai kerusi dan meja yang normal.

Saya sudah cuba makan di Wong Solo Denpasar tetapi agak sibuk kerana tetamu lebih ramai dan rasanya lebih nyaman di Tuban.

Wong Solo bukanlah seorang yang belum punya teman tetapi berasal dari Solo. Seperti yang terpampang di dinding restoran, Wong Solo mempunyai 4 orang isteri. Pernah di satu ketika, beliau menamakan menu dengan nama jus poligami, Sup poligami tetapi ia tidak begitu serasi dengan orang Bali yang tidak mengalukan poligami. Menu telah ditukar kepada nama yang lebih normal. Cerita kejayaan Wong Solo datang dengan 50 cabang di seluruh Indonesia. Saya pernah mencuba cabang di Jakarta dan juga di Kuala Lumpur tetapi secara psychology suasana di Bali membuatkan makanan lebih enak.

Kepakaran Wong Solo ialah ayam bakar yang sungguh lazat dicicah sambal ataupun kecap ABC. Menu lain yang enak ialah Gurami bakar. Selalunya saya order lebih dari satu untuk mengelakkan perebutan makanan dengan teman. agak masam dengan jagung adalah amat menyelerakan. Terdapat juga tempe penyek, sambal penyek, sambal terung dan berbagai jus buah buahan.

Untuk mengetahui leibih lengkap sila rujuk e-book "Panduan ke 100 Halal Restoran di Bali"

 

Banner banner