Pencarian Makanan Halal di Serata Dunia
goHalalTravel.com 
Artikel Bali Halal
Restoran Makanan Segera Halal Indonesia Lesehan di Restoran Ayam Bakar Spa ialah tarikan utama ke Bali. Terdapat banyak resorts spa menawarkan hidangan vegetarian and organik yang selamat untuk orang Islam. Gambar di kanan ialah Spa Village Resort |
![]() ![]() |
ACC Minang Restaurant Ngurah Rai -Episod Terakhir yang 'Happy Ending'
Patung Kuda Roundabout
Restoran ACC Minang restaurant leta knya ihadapan bulatan roundabout Patung Kuda kira2 dua minit selepas k eluar dari kawasan airport.
Setiap kali tiba di bali agenda pertama saya adalah singgah makan di ACC Minang. Agenda yang terahir sebelum berangkat pulang pun sama. Sebabnya adalah saya ketagihan masakan padang yang original di sini serta kedudukannya yang berdekatan airport. Selepas mendapatkan taxi untuk ke hotel, apakat singgah sebentar di sini. Khabarkan secara sopan kepada supir yang anda mau singgah sebentar di ACC Minang. Kira2 beberapa meter ada juga masjid di sini.
ACC Minang menyediakan masakan Padang yang berasal dari Sumatera. Hampir 100% orang Minang adalah beragama Islam. Sebab itu nasi padang adalah halal. Mesti terdapat ayat suci dan "Bissmillahhirahmanirrahim" yang dipamirkan di dinding restoran. Bagaimanapun ACC mendapat sijil halal dari MUI halal
ACC berhawa dingin dan bersih. Menu nasi padang seperti ayam pop, daging dendeng, sambal ijo, singkong atau pucuk ubi, rendang daging,gulai ika antara yang disajikan. Terdapat menu menarik dan pelek seperti otak lembu yang saya belum mahu mencuba. Ada juga keropok kulit lembu, yang belum juga saya cobain. Kesukaan saya adalah Ikan gurame, dendeng dan rendang daging. kalu sambal ijo, satu piring sememangnya tidak cukup. kebiasaanya saya akan diet dan kurangkan berat 2 kg sebelum berlepas ke bali. Saya langsung tak pedulikan diet selama disini.
Jangan terkejut jika belum pun sempat order, pelayan membawa semua makanan ke meja anda. Cuba lihat cara pelayan mengimbangi 20 piring dengan dua tangan sahaja. Bagaimanapun, jangan khuatir keran anda perlu makan dan bayar apa yang disentuh sahaja.
Saya kerap terlupa di masa awal kedatangan dan telah menyuruh orang tua saya makan di AC Milan. Kesihan, sudah tentu tidak ketemu. Bagaimana pun saya dapat juga membawa makan bersam sama ibu bapa di restoran ini kemudiannya.
Harga makanan adalah terlalu murah bagi mat saleh atau buleng dan sederhana tinggi bagi orang2 kita.
Waktu mahu pulang saya selalunya pergi awal sedikit ke airport, check in dan keluar semula mencari taxi untuk makan di ACC Minang. Minta Supir tunggu dimana bayarannya cuma tiga puluh ribuan sementara anda makan untuk penutup yang enak di Bali.
Untuk mengetahui leibih lengkap sila rujuk e-book "Panduan ke 100 Halal Restoran di Bali"

